Surah 27:
AN-NAML (semut),
Surah An-Naml terdiri atas
93 ayat, termasuk golongan surah-surah Makkiyah dan diturunkan sesudah surah
As-Syuaraa.
Dinamai dengan “An-Naml”,
kerana pada ayat 18 dan 19 terdapat
perkataan “an-Naml” (semut), dimana
raja semut mengatakan kepada anak buahnya agar masuk sarangnya masing-masing,
supaya jangan terpijak oleh Nabi Sulaiman
a.s. dan tentaranya yang akan
lalu ditempat itu. Mandengar perintah
raja semut kepada anak buahnya itu, Nabi Sulaiman tersenyum dan takjub atas
peraturan kerajaan semut itu dan beliau
mengucapkan syukur kepada Tuhan yang Maha Kuasa yang telah melimpahkan nikmat
kepadanya berupa kerajaan, kekayaan, memahami ucapan-ucapan binatang, mempunyai
tentera yang terdiri atas jin, manusia, burung dan sebagai nya. Nabi Sulaiman
a.s. yang telah diberi Allah nikmat yang besar itu telah merasa takbur
dan sombong, dan sebagai seorang hamba Allah mohon agar Allah memasukkan
kedalam golongan orang-orang yang soleh.
Allah s.w.t. menyebut
binatang semut dalam surah ini agar manusia mengambil pelajaran dari kehidupan
semut itu. Semut adalah binatang yang
hidup berkelompok didalam tanah, membuat liang dan ruang yang
bertingkat-tingkat sebagai rumah dan gudang tempat menyimpan makanan musim
dingin. Kerapian dan kedisiplinan yang
terdapat dalam kerajaan semut ini, dinyatakan Allah dalam ayat ini dengan
bagaimana rakyat semut mencari perlindugan dengan segera agar jangan terpijak
oleh Nabi Sulaiman a.s. dan tenteranya,
setelah menerima peringatan dari rajanya.
Secara tidak langsung Allah mengingatkan juga kepada manusia agar dalam
berusaha untuk mencukupkan keperluan sehari-hari, mementingkan pula kemaslahatan bersama dan
sebagainya, rakyat semut mempunyai
organnisasi dan kerja sama yang baik pula.
Dengan mengisahkan kisah Nabi
Sulaiman a.s. dalam surah ini, Allah mengisyaratkan
hari depan dan kebesaran nabi Muhamnad
s.a.w. Nabi Sulaiman a.s. sebagai
seorang nabi rasul dan raja yang
dianugerahi kekayaan yang melimpah-luah, begitu pula Nabi Muhammad s.a.w.
sebagai seorang nabi, rasul dan seorang
kepala negara yang ummi dan miskin akan berhasil membawa dan memimpin umatnya
kejalan Allah.
Sumber 1;
Khatam terjemahan
ayat-ayat An-Naml (1-93),
[FB] http://www.facebook.com/groups/310202602372130/doc/485731551485900
[FB] http://www.facebook.com/groups/310202602372130/doc/485731551485900
Sumber 2;
[GS] https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=sites&srcid=ZGVmYXVsdGRvbWFpbnxwMTA3c3ViYW5nfGd4OjQ3NmUzMjUxOTU0YThkZDE
[GS] https://docs.google.com/viewer?a=v&pid=sites&srcid=ZGVmYXVsdGRvbWFpbnxwMTA3c3ViYW5nfGd4OjQ3NmUzMjUxOTU0YThkZDE
.