Thursday, 30 May 2013

Yang Berselubung



{74}
AL-MUDDATHATHIR (yang berselubung) 1~56.
Dengan nama Allah, Pemurah, Penyayang.

1. Hai orang-orang berselubung !
2. Berdirilah, lalu ancamlah
3. Dan akan Tuhan mu  hendaklah engaku besarkan,
4. Dan akan pakaian mu hendaklah engkau bersihkan
5. Dan akan maksiat hendaklah engkau jauhi
6. Dan janganlah engkau memberi kerana hendak mendapat balasan banyak.
7. Dan kerana Tuhan mu hendaklah engaku sabar
8. Maka apabila ditiup pada sengkala
9. Maka yang demikian, dihari itu, hari yang payah
10. Yang, atas orang-orang kafir, tidak mudah

11. Biarlah aku sendiri beserta orang yang aku jadikan
12. Kerana aku telah jadikan baginya harta yang banyak.
13. Dan anak buah yang hadir
14. Dan aku telah luaskan baginya sungguh-sungguh keluasan
15. Kemudian, ia ingin sangat aku tambah
16. Tidak sekali-kali ! (kerana) sesungguhnya adalah ia menentang ayat-ayat kami
17. Aku akan paksakan kepadanya satu kenaikan (yang payah).
18. Sesungguhnya ia fikir-fikir dan ia tetapkan
19. Maka dilaknati dia ! bagaimana bisa ia tetapkan ?
20. Kemudian, dilaknati dia ! bagaimana bisa ia tetapkan ?

21. Kemudian, ia fikir-fikir.
22. Kemudian, ia masamkan muka, dan ia keduk kan muka.
23. Kemudian, ia membelakang dan menyombong
24. Lalu ia berkata; “ini tidak lain melainkan seher yang dipelajari”.
25. “Ini tidak lain melainkan perkatan manusia”.
26. Aku akan masukkan dia ke saqar (neraka).
27. Dan apakah yang  membikin mu tahu apa(dia) saqar ?
28. Ia tidak membiarkan, dan ia tidak melepaskan
29. Yang sangat kelihatan bagi manusia
30. Yang atas nya (ada)  sembilan belas (penjaga).

31. Dan kami tidak jadi kan penjaga neraka itu melainkan melaikat, dan kami tidak jadikan bilangan mereka melainkan sebagai percubaan bagi orang-orang yang kafir, supaya orang-orang yang diberi kitab itu jad ia yakin, dan supaya orang-orang yang beriman itu bertambah iman, dan supaya tidak ragu-ragu mereka yang diberi kitab dan mukminun, dan supaya mereka yang dihatinya ada penyakit dan orang-orang kafir berkata; “apakah yang dikehendaki oleh Allah dengan ini, sebagai satu perumpamaan ?” demikianlah Allah menyesatkan supaya yang ia kehendaki, dan ia pimpin siapa yang ia kehendaki, dan tidak ada yang mengetahui tentera Tuhan mu melainkan dia, dan ia  itu tidak lain melainkan satu peringatan bagi manusia.
32. Tidak sekali-kali ! demi bulan !
33. Dan (dibumi)  malam tetakala ia undur !
34. Dan (demi) subuh apabila ia menerangi !
35. Sesungguhnya (adalah)ia satu daripada perkara-perkara yang benar.
36. Sebagai pengancam bagi manusia.
37. (Iaitu) bagi siapa daripada kamu yang mahu maju atau mundur.
38. Tiap-tiap jiwa terikat dengan apa yang ia telah usahakan.
39. Kecuali orang-orang (golongan) kanan.
40. Di Syurga-syurga bertanya-tanyaan.

41. Dari hal orang-orang kafir.
42. “Apa yang  memasukkan kamu kedalam saqar ?”
43. Mereka jawab; “kami tidak termasuk didalam golongan orang-orang yang sembahayang”.
44. “Dan kami tidak memberi makan orang miskin”.
45. “Dan adalah kami mencela bersama orang-orang yang mencela”.
46. “Dan adalah kami mendustakan hari pembalasan”.
47. “Hingga datang kepada kami perkara yang  yakin”.
48. Maka tidak berguna bagi mereka permintaan tolong orang-orang yang mintakan pertolongan.
49. Maka mengapakah mereka berpaling daripada peringatan itu.
50. Seolah-olah mereka keldai-keldai yang kabur dengan ketakutan.
51. Yang lari dari singa ?
52. Bahkan tiap-tiap seorang dari mereka hendak sampai dia diberi suatu yanbg terbuka
53. Tidak sekali-kali ! bahkan mereka tidak takut kepada akhirat.
54. Tidak sekali-kali ! sesungguhnya (Quran) itu (adalah) satu peringatan.
55. Maka barang siapa  mahu, biarlahia jadikan dia peringatan.
56. Tetapi mereka tidak akan ingat melainkan jika dikehendaki oleh Allah, ialah yang berhak ditaati dan yang berhak mengampuni. 

[Rumusan][Penutup][Previous][Next][References].

Al-Imran


http://youtu.be/mGfy0mG7Pl4

Al-Imran,
97. Padanya terdapat tanda-tanda yang nyata, (diantaranya) maqam Ibrahim; barang siapa memasuki nya (Baitullah itu) menjadi aman lah dia; mengerjakan haji  adalah kewajiban manusia terhadap Allah, iaitu (bagi) orang yang sanggup mengadakan perjalanan ke Baitullah.  Barang siapa mengingkari (kewajipan haji), maka sesungguhnya Allah Maha Kaya (tidak memerlukan sesuatu) dari semesta alam.