{74}
AL-MUDDATHATHIR (yang berselubung) 1~56.
Dengan
nama Allah, Pemurah, Penyayang.
1. Hai
orang-orang berselubung !
2.
Berdirilah, lalu ancamlah
3. Dan
akan Tuhan mu hendaklah engaku besarkan,
4. Dan
akan pakaian mu hendaklah engkau bersihkan
5. Dan
akan maksiat hendaklah engkau jauhi
6. Dan
janganlah engkau memberi kerana hendak mendapat balasan banyak.
7. Dan
kerana Tuhan mu hendaklah engaku sabar
8. Maka
apabila ditiup pada sengkala
9. Maka
yang demikian, dihari itu, hari yang payah
10. Yang,
atas orang-orang kafir, tidak mudah
11.
Biarlah aku sendiri beserta orang yang aku jadikan
12.
Kerana aku telah jadikan baginya harta yang banyak.
13. Dan
anak buah yang hadir
14. Dan
aku telah luaskan baginya sungguh-sungguh keluasan
15.
Kemudian, ia ingin sangat aku tambah
16. Tidak
sekali-kali ! (kerana) sesungguhnya adalah ia menentang ayat-ayat kami
17. Aku
akan paksakan kepadanya satu kenaikan (yang payah).
18.
Sesungguhnya ia fikir-fikir dan ia tetapkan
19. Maka
dilaknati dia ! bagaimana bisa ia tetapkan ?
20.
Kemudian, dilaknati dia ! bagaimana bisa ia tetapkan ?
21.
Kemudian, ia fikir-fikir.
22.
Kemudian, ia masamkan muka, dan ia keduk kan muka.
23.
Kemudian, ia membelakang dan menyombong
24. Lalu
ia berkata; “ini tidak lain melainkan seher yang dipelajari”.
25. “Ini
tidak lain melainkan perkatan manusia”.
26. Aku
akan masukkan dia ke saqar (neraka).
27. Dan
apakah yang membikin mu tahu apa(dia)
saqar ?
28. Ia
tidak membiarkan, dan ia tidak melepaskan
29. Yang
sangat kelihatan bagi manusia
30. Yang
atas nya (ada) sembilan belas (penjaga).
31. Dan
kami tidak jadi kan penjaga neraka itu melainkan melaikat, dan kami tidak
jadikan bilangan mereka melainkan sebagai percubaan bagi orang-orang yang
kafir, supaya orang-orang yang diberi kitab itu jad ia yakin, dan supaya
orang-orang yang beriman itu bertambah iman, dan supaya tidak ragu-ragu mereka
yang diberi kitab dan mukminun, dan supaya mereka yang dihatinya ada penyakit
dan orang-orang kafir berkata; “apakah yang dikehendaki oleh Allah dengan ini,
sebagai satu perumpamaan ?” demikianlah Allah menyesatkan supaya yang ia
kehendaki, dan ia pimpin siapa yang ia kehendaki, dan tidak ada yang mengetahui
tentera Tuhan mu melainkan dia, dan ia
itu tidak lain melainkan satu peringatan bagi manusia.
32. Tidak
sekali-kali ! demi bulan !
33. Dan
(dibumi) malam tetakala ia undur !
34. Dan
(demi) subuh apabila ia menerangi !
35.
Sesungguhnya (adalah)ia satu daripada perkara-perkara yang benar.
36.
Sebagai pengancam bagi manusia.
37.
(Iaitu) bagi siapa daripada kamu yang mahu maju atau mundur.
38.
Tiap-tiap jiwa terikat dengan apa yang ia telah usahakan.
39.
Kecuali orang-orang (golongan) kanan.
40. Di
Syurga-syurga bertanya-tanyaan.
41. Dari
hal orang-orang kafir.
42. “Apa
yang memasukkan kamu kedalam saqar ?”
43.
Mereka jawab; “kami tidak termasuk didalam golongan orang-orang yang
sembahayang”.
44. “Dan
kami tidak memberi makan orang miskin”.
45. “Dan
adalah kami mencela bersama orang-orang yang mencela”.
46. “Dan
adalah kami mendustakan hari pembalasan”.
47.
“Hingga datang kepada kami perkara yang
yakin”.
48. Maka
tidak berguna bagi mereka permintaan tolong orang-orang yang mintakan
pertolongan.
49. Maka
mengapakah mereka berpaling daripada peringatan itu.
50.
Seolah-olah mereka keldai-keldai yang kabur dengan ketakutan.
51. Yang
lari dari singa ?
52.
Bahkan tiap-tiap seorang dari mereka hendak sampai dia diberi suatu yanbg
terbuka
53. Tidak
sekali-kali ! bahkan mereka tidak takut kepada akhirat.
54. Tidak
sekali-kali ! sesungguhnya (Quran) itu (adalah) satu peringatan.
55. Maka
barang siapa mahu, biarlahia jadikan dia
peringatan.
No comments:
Post a Comment